Tahfiz TVET Perempuan
Membentuk Para Huffaz dengan Ilmu, Akhlak & Kemahiran Masa Depan
Dengan peningkatan permintaan terhadap institusi pendidikan Islam yang berkualiti, pembinaan sekolah tahfiz ini diharapkan dapat memenuhi keperluan masyarakat dan melahirkan generasi huffaz profesional di kalangan Wanita yang berkualiti.
Kampus Wanita Sahaja
Tarbiyyah
TVET & Kemahiran
Selamat
Tentang Madrasah
Tahfiz Perempuan Mujamma’ Hurain
Meningkatkan akses kepada pendidikan tahfiz berkualiti | Menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan sistematik | Menyumbang kepada pembangunan modal insan berasaskan Al-Quran dan Sunnah
وَقُل رَّبِّ زِدْنِى عِلْمًۭا
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".
Visi
Melahirkan generasi huffaz hafizah yang berilmu, beramal, dan bertaqwa.
Misi
Menyediakan pendidikan tahfiz berkualiti serta membentuk pelajar yang cemerlang dari aspek akademik dan akhlak
50+
Sasaran Pelajar Setiap Kitaran Pada Peringkat Awal
100%
Pelajar Hafizah Perempuan
TVET
Kemahiran Pertanian & Hafazan
Teras Syariah & Keselamatan
Pemantauan akademik & kebajikan; pematuhan tatacara keselamatan kampus perempuan.
Fasiliti Menyeluruh
Asrama, perpustakaan, makmal TVET, ruang tarbiyyah dan sukan dalam persekitaran lestari.
Telus & Berakauntabiliti
Pelaporan berkala, audit kewangan, dan laluan sumbangan yang jelas.
Perjalanan Projek
Projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan secara berfasa bagi memastikan kelancaran proses pembangunan dan pengoperasian secara sistematik.
Anggaran Kos:
RM33.5 Juta
Fasa 1 | Tahun Pertama
Pembinaan blok akademik utama, termasuk bilik darjah, asrama pelajar, dewan serbaguna, pejabat pentadbiran dan fasiliti asas. Peringkat awal ini akan menampung 50 pelajar Tingkatan 1.
Fasa 2 | Tahun Kedua
Penyambungan pembinaan infrastruktur tambahan seperti perpustakaan dan makmal komputer, selain kemasukan pelajar Tingkatan 2 serta penambahan pelajar baharu bagi Tingkatan 1.
Fasa 3 | Tahun Ketiga
Pembangunan menyeluruh termasuk kawasan rekreasi, serta peluasan kapasiti kemasukan pelajar bagi memastikan kompleks ini berkembang secara berstruktur.
Projek pembangunan Kompleks Tahfiz Al-Quran Perempuan Mujamma’ Hurain di Jasin, Melaka, merupakan sebuah inisiatif strategik yang dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM33.5 juta. Kos ini meliputi
Lokasi
TVET
TVET PERTANIAN STP HURAIN
Projek bermula di Kompleks Tahfiz sebagai pusat latihan. Pelajar tahfiz bukan hanya belajar hafazan, tetapi juga dilatih dalam kemahiran TVET pertanian moden. Modul ini menggabungkan teori(kelas) dan amali (praktikal) di ladang 1 ekar. Ia membentuk asas disiplin, amanah, dan tanggungjawab dalam pengurusan projek sebenar.
TANAMAN CILI FERTIGASI & BUAH TIN
Cili fertigasi dipilih kerana cepat menghasilkan, sesuai dijadikan produk hiliran seperti pes cili atau cili kisar. Buah tin pula tanaman premium yang mempunyai nilai pasaran tinggi, sesuai untuk jem, puree atau minuman. Kedua-duanya memberi peluang pelajar untuk belajar kaedah moden pertanian – sistem fertigasi, kawalan nutrien, pengurusan air, serta penjagaan pokok buah. Bahagian ini penting untuk mengajar pelajar bagaimana pertanian boleh dijalankan secara sistematik dan berdaya maju.
HASIL PERTANIAN (CILI & BUAH TIN)
Setelah dituai, hasil pertanian dikumpulkan dan disusun mengikut kualiti (grading). Aktiviti ini memberi pendedahan pelajar kepada pengurusan pascapanen – cara memetik, menyimpan, dan membungkus hasil supaya kekal segar dan bernilai tinggi. Semua rekod penuaian direkodkan untuk tujuan audit dan pemantauan.
Surat Kelulusan MAIM
Dimaklumkan bahawa pihak kami telah memperoleh surat kelulusan rasmi daripada Majlis Agama Islam Melaka bagi tujuan memohon serta menguruskan sumbangan daripada orang ramai dengan cara yang sah, beretika dan selaras dengan ketetapan pihak berkuasa.
Mari Menderma
TAHFIZ (P) MUJAMMA HURAIN
5551 7160 9649